Setiap perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya.
Tatacara Pendaftaran
Berikut adalah tatacara untuk pendaftaran perniagaan:
a. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadangkan daripada Suruhanjaya.
b. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan kembalikan dalam tempoh 21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Isi maklumat berikut dalam Borang A:

- Maklumat mengenai pemohon
- Tarikh perniagaan bermula
- Cawangan perniagaan
- Jenis perniagaan
c. Setiap pemilik mesti menandatangani Borang A yang lengkap di hadapan pegawai pengesahan yang disebut dalam borang.
Panduan Am
Berikut adalah panduan am untuk pendaftaran perniagaan:
a. Warganegara dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.
b. Daftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan.
c. Perniagaan yang didaftar tidak menyalahi undang-undang.
d. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.
e. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya yang terdekat atau hantar menerusi pos.
f. Sertakan dokumen berikut:

- salinan kad pengenalan
- salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari Agensi lain (jika ada)
Bayaran Pendaftaran
Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran perniagaan:

- Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan – RM30
- Perniagaan milik tunggal dan perkongsian menggunakan nama dagang – RM60
- Pendaftaran cawangan – RM5 setiap cawangan
- Salinan sah Maklumat Perniagaan Baru – RM10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan